Ahad, 7 Ogos 2016

PENGALAMAN KERJA AKU

ASSALAMUALAIKUM.. hai korang semua.. dah makan? minum? lepas tu bosan mula la tangan ni tergerak oleh hati untuk kongsi pengalaman di tempat kerja lama aku dan korang pun baca :p.. hehehe
tengok tajuk macam tak best saja kan.. tapi hari ni aku akan kongsikan satu cerita untuk korang ok..
ok sebelum tu aku budak baru la dalam blogger ni.. sebelum ni tak pernah terfikir pun nak buat.. tapi entah kali ni.. 

ok mulanya dari sini.... aku sebagai pembantu klinik swasta iaitu poliklinik........ ehemm (sorry rahsia) telah tamat perkhidmatan pada bulan march 2016. hampir masuk 2 tahun la aku kerja situ.. macam2 karenah/perangai yang aku kena layan & sabar menghadapi cabaran.. huhuhu.. selain itu aku dapat la kenal hati budi manusia, berkomunikasi dengan orang dengan cara yang betul, ada kawan lain selain kawan sekolah sebab sebelum ni aku ni jenis duduk rumah tak pergi lepak mana2 macam membe aku yang lain or macam perempuan zaman sekarang.. ramai la membe sekolah aku cakap aku ni jenis kolot & tak pandai bercampur dengan orang! (ehhh kau peduli apa kan? dari jadi gedik sana sini..) :( .. 


AIHHhhh.. ni pengalaman kerja aku yang kedua selepas aku jadi promoter AEON card tu.. aku mula kerja bulan may 2014.. mula2 best la dapat kerja klinik jadi pembantu doktor.. alhamdulillah la time tu semuanya ok saja, membe pun ok, majikan (doktor yg bertugas di cawangan itu) pun ok dan pemiliknyaa?? KO.. kenapa aku kata KO?
sebab klinik ni hanya pentingkan keuntungan dari kesihatan tertutama masyarakat melayu islam kita lah.. paling tak best tu, boleh pula suruh aku pack ubat tu kat plastik ubat klinik tersebut maksud aku diorang suruh aku keluarkan biji2 dari papan tu dan masukkan dalam plastik ubat.. tujuan diorang untuk mengelak dari pesakit tahu ubat tu dah expired.. seriusly aku geram gila time tu.. tapi bila kena kat anak2 diorang (anak2 doktor), orang yang berpangkat tinggi bole pula bagi ubat elok2.. kat orang miskin macam aku buat hati kering ja..

SO aku sarankan korang mesti tanya dulu pada nurse or pembantu yang beri ubat pada korang if korang tak jumpa tarikh luput dia.. korang kena peka sebab klinik swasta bukan semua bole percaya kan..? ok nak jadikan cerita yang paling benci dalam hidup aku, mula dari sini....
satu hari majikan aku berhenti kerja (doktor yg bertugas di cawangan klinik tu)... sebenarnya dah lama dah doktor tu mengatakan hasrat dia la hendak berhenti sebab dia duduk jauh.. kena ulang alik.. letih la duit minyak semua kan.. suruh cari rumah sini dia tak berminat.. mula nasib bahagia aku kerja situ bertukar menjadi derita...

MASUK bulan nov 2015 mula la doktor baru masuk & ambil alih tempat tu.. first aku kenal dengan dia, dia ok saja.. tapi lama kelamaan perangai diaaa.. perghhh hanya Tuhan saja yang tahu hati dan perasaan aku kena maki hamun dengan dia tiap2 hari pula tu.. bukan aku tak cuba untuk ambil hati majikan sebab aku memang niat nak still lama kat situ pun tapi makin menjadi2 pula.. tak cukup dengan kata2 dia seperti "hang ni bodoh" "hang tak guna" "bab*" paling kerap dia suka panggil aku "bengap" sejujurnya aku memang lambat tangkap sikit tapi lama2 aku bole jadi cekap if benda tu aku buat selalu tapi malangnya aku bukan budak nursing untuk bantu dia 100%.. lagi pun membe acuh tak acuh ja nak ajar pun..  dan aku memang tak suka orang maki hamun aku untuk ajar aku tapi aku bole terima if diorang ikhlas beri nasihat dan cara yg betul dan marah sikit2 pun aku bole terima.. majikan lama aku nak ajar aku pun tak pernah cakap aku stupid! bodoh! bengap! tau.. 

DIA bukan saja seksa aku dari emosi, malah provok aku sampai aku dah muak tengok air mata aku keluar setiap hari.. lama2 bila kena maki hamun depan pesakit, aku pun dah mangli la benda tu kan.. aku buat bodoh je apa yg dia maki.. satu hari tu, dah dia main tolak aku pula.. tau saja la berat badan aku 37kg memang hampir jatuh la cuma nasib baik aku tersandar kat meja kaunter depan ja.. alasan dia, dia kata kenapa aku tak suruh budak yg baru lepas khatan tu duduk.. problem sini aku dah suruh budak tu duduk tapi budak tu tak nak, tak kan la aku nak paksa kan? aku nak jawab sikit pun dia tak mau dengar malah jeling pula.. serius cakap first time aku jumpa doktor macam dia yg biadab, suka hina orang, tak jujur, pentingkan diri, cakap besar semua dia boleh buat dan  paling teruk dia memang gila duit & bersifat tamak.. dah provok aku hari2 tu dah la, bole pula hina bapak aku meniaga nasi dan kuih tepi jalan.. kata dia, kuih mahal la, kotor la.. "aku beli kuih kat KL dan tempat aku di johor pun tak macam kuih kat sini" kata dia.. aku macam nak jawab macam ni je "kalau hang rasa KL dan tempat hang tu baik sangat, pegi la cari rezeki kat sana bukan kat ceruk kampung pendalaman ni" kenapa doktor macam dia tak layak kerja hospital or klinik tempat  kat KL ke.. huhu

SELAMA ni aku respect gila kat doktor2 sebab diorang berusaha untuk bantu orang yg menghadapi masalah, bukan saja sakit biasa malah khidmat nasihat dari aspek gangguan emosi pun diorang bole buat walaupun berjam2.. tapi BUKAN DIA YANG AKU MAKSUDKAN! setelah masuk tahun baru bulan januari 2016 dan mahu masuk bulan feb 2016 aku still lagi kerja situ.. nak jadikan cerita, aku menghadapi tekanan perasaan lagi teruk sampai aku tidur pun hari2 mimpi habis muka dia tau.. hahaha.. kau gelak apa? ni serius ok! :(
bila kerja terlampau penat, aku kerja 14 jam sehari kalau korang nak tau.. ok aku cerita dulu sebab apa aku kena kerja 14h sehari.. 

MEMBE aku sememangnya aku kenal dia dengan kaki MC, kaki bodek haaa tu perangai dia.. Mula dari aku masuk kerja tahun 2014 lagi dia punya perangai nak cuti dan MC sampai 5,6 bulan.. pembantu klinik cuma ada 3 orang saja.. if seorang ambil MC or cuti, wajib 2 orang kena kerja full dari 8am-10pm.. nak rehat pun kadang2 tak sempat.. aku tak nafikan membe aku ni memang pandai buat kerja.. kerja dia tip top, cepat alert dan dia jenis pengemas dan bersikap tegas.. sebab tu dia bole jadi incharge kitorang! dan membe aku lagi sorang pula asyik nak mengalah je.. aku fikir dia tak apa la mengalah pun tengok saja la saiz badan dia besar mana nak banding dengan aku 37kg tinggi 152cm ja.. so aku kenali dia sebagai Si MC la ye.. pada tahun 2014 lagi si mc ni punya ambil mc sampai berbulan2 dia punya sakit.. aku tak ingat la time tu dia demam kot.. pemilik klinik tu bole pula tak cakap apa2.. cuba kalau aku?? dia pandai bodek punya fasal kan.... time tu juga badan aku tak tahan sampai aku masuk hospital.. tapi mujurlah doktor dulu baik..  tahun 2015 pula dia buat perangai lagi, katanya dia jatuh dalam toilet sampai kaki dia patah.. entah macam mana la dia bole jatuh sampai mcm tu kan.. aku terfikir juga.. tissue dia terkoyak maka MC dia berbulan2 lagi.. MC dia bulan 3 2015 sampai bulan 8 2015 tak sudah2 lagi.. korang bayangkan la aku kerja berbulan2 14 jam sehari untuk cover dia?? cuti cuma sehari saja dalam seminggu iaitu hari sabtu..

PLOT HAMPIR TAMAT, hehehe... tahun 2016 bulan januari ada lagi.. kali ni dah bapak dia excident pula tak bole berjalan katanya untuk hantar adik bongsu dia ke sekolah la, mak dia lemah longlai sebab tengok bapak dia excident laa.. macam2 la dia punya cerita untuk dia cuti berbulan2 pula.. kali ni dia tak mc la.. hahaha.. aku pun nak tergelak.. dia cuma ada 3 orang beradik ja.. orang kaya pula tu.. sebab tu kerja ni ikut dan dia saja macam dia menantu pemilik klinik tersebut.. dia kata dia minta cuti untuk sebulan saja.. aku bole bertimbang rasa lagi tau walaupun aku tau dia ni memang penipu.. hummm.. selepas sebulan yg lalu, aku nampak dia datang klnik dan beritahu hasrat dia nak jumpa doktor biadab tu.. aku pun cakap la doktor ada kat dalam.. lepas habis sesi dia bercakap sambil sedih2 muka dia yg sayu kononnya tu.. membe tembam pun keluar dari bilik dan bgtahu aku si mc ni nak cuti lg sampai 3 4 5 bulan.. betapa terbakarnya perasaan aku untuk rehat lepas cukup 1 bulan.. aku nak ambil cuti untuk enjoy dengan family pun tak tercapai.. sedih! marah! letih! semuanya ada..

PERASAAN aku...... aku tegur lah dia, kenapa lah dalam setahun mesti dia ada buat macam ni kat aku.. balas dia... "hang kena faham, aku cuma ada seorang saja abah dalam dunia ni, aku kena lah jaga dia sementara dia masih ada esok kelak kesal nanti" balas aku " yaa aku faham.. bapak hang tu masuk hospital dan nurse di hospital tu yg jaga bukannya hg.. lagi pun bapak hg dah semakin beransur pulih kan.. adik hg tu dah besar bole ja pi naik bas sekolah.. mak hg tak kan la dok longlai lagi kan.. hg lg pun ada abang kan?" balas aku panjang lebar.. dia jeling sambil buat muka.. aku pun diam saja..

AKU TERUSKAN JUGA KERJA SITU LAGI TAPI KALI NI......TEWAS.....
yaaa.. aku sudah tenat dan tewas dengan emosi aku hari2 kena provok.. letih punya fasal sampai melelong2 dah aku bila sampai rumah.. doktor tu bukannya nak bertimbang rasa, dah tutup pukul 10pm tapi bole pula hari2 dia punya lajak tutup pukul 11pm sebab dia kaki dota!! ni perangai dia lagi satu.. bukan nak kerja betul2, aku kat depan punya penat terlelap mata dia bising, tapi dia bole pula main dota dalam bilik!! pasang cctv kat tempat aku untuk dia tau aku buat apa, tapi bilik dia free cctv.. aku tak brdaya lagi.. lagi sekali aku masuk hospital.. but sakit aku kali ni lagi pedih.. gastrik aku sampai tak boleh makan apa pun.. rasa pedih yang teramat di dada dan perut aku luka di dalam.. lembik dah aku.. 



bersambung....nanti ada masa aku cerita lagi.. mata dah berat 20kg dah.. 
















7 ulasan:

  1. Saya dari tahun 2021, nak bagitahu betapa toxic nya tempat kerja cik ni. Saya mcm nak bakar bontot mereka sekor²

    BalasPadam
  2. HAHAHAHAHAHAHHAAH CERITA DIE SAMA DENGAN AKU WEYHHHHH, LAGI GILAAA 3 TAHUN DAH NI KERJAAA LAGI DENGAN MAJIKAN RIBA TAHAP TAMAK HALOBA NI") YANG PART UBAT TU SUMPAH SAMEE, DEMI NAK HABISKAN UBAT KAN SANGGUP TIPU PESAKIT CAKAP TU UBAT DARI BOTOL BESAR LOL, MELAYUU KALAU BUAT KERJAA MANE PENAH CLEAN HAHAHAHAHAHAHAHAH, SEMOGAA AKI JUGAA TENAT DAN TEWAS MACAM HANG<3

    BalasPadam
  3. Same la ..dah la aku ni tkde basic bole pulak first day masuk je dah kene push ingt sume bnde..dah aku ni pon merangkak lagi nk ingt cre daftar patient + panel lain² ni..ajar sekali je pastu bile aku tnye sbb tk fhm.. bole pulak melenting..bru satu hari je pun aku dh rse mcm neraka..lain kali kalau nk cri pekerja just inform nk yg ad sijil setaraf je.. tk de la org biase mcm kmi ni dok kne maki selalu..🔥

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betull sangattt sye pernah rse perasaan tu

      Padam
  4. 1xbet korean - What is 1xbet, Apk and More | Legalbet
    1xbet, Apk 바카라 사이트 and More | Legalbet.co.KR – 2021. 1xbet, Apk and More. 1xbet, Apk and More. 1xbet, Apk and More. 1xbet, Apk and More. 1xbet, Apk and 카지노 More. 1xbet, Apk and More. 1xbet 1xbet

    BalasPadam
  5. Serious nie mcm aq kne skang.. Dye ajar skli jee lps tu nk kne ingat smua dalam satu masa.. Klu ajar boleh faham xpe nie ajar berbelit2 lps tu sruh but sendiri.. Bila tanye marah x tanye pn marah smpi main ketuk kpala. Serious kurang ajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeee betull, kite Ni tkde basic nk push2 org yg tkde basic Ni memang merangkak la jawapnye

      Padam